Cerita tentang angsa
BAKA ANGSA
1. AFRICANS Negara asal: SE China, Asia. Baka daging.
Daging pejal yang berkualiti tinggi. Dianggap angsa panggang yang utama.
Diwariskan dari Angsa China Swan dari China. Berwarna perang (kelabu) atau
putih atau kuning pucat. Terkenal dengan kecantikannya yang lemah lembut. Jalur
perang gelap dibelakang tengkuk hingga ke bawah. Depan tengkuk berwarna perang
abu terang , beransur-ansur terang sehingga warna krim. Bahagian tepi badan ,
sayap “bow” dan yang terselindung berwarna perang abu. Ekor terselindung
berwarna putih. Hitam “knob” warna paruh. Gelambir berbentuk bulan sabit
tergantung dari rahang bawah & atas tengkuk. Berbadan berat; tengkuk tebal.
Berbadan lebar dan panjang. Berperut bulat. Ekor tegak ke atas. Matang cepat.
Salah satu baka yang berat tetapi daging pejal. Berat angsa jantan – 26lbs;
betina 18lbs. Penelur yang sederhana 20-40 biji telur per musim. Telur besar
& beratnya 141-226g. Menetas dalam masa 30-32 hari. Boleh dikacuk dengan
baka yang lebih berat. Lebih sesuai dengan cuaca panas. Terbaik untuk cuaca
panas.
2. CHINESE Negara asal: China. Kadang-kadang dikenali juga
sebagai Swan Geese kerana tengkuk lembut yang panjang. Juga diwariskan dari
angsa swan liar. Paling popular & paling dikenali. Sangat cantik. 2 warna –
perang/kelabu (perang pekat & coklat muda, tengkuk gelap dan
berjalur coklat di tengkuk, mata perang, paruh dan bonjol hitam), putih (bulu
berwarna putih, mata biru & paruh dan bonjol jingga ). Ringan dan berat
diantara 10-12lbs. Paling kecil di kalangan angsa domestik. Bonjol yang besar
bulat dan tegang di atas kepala. Paruh yang panjang dan tirus. Tengkuk yang
panjang , slim & lengkok. Badan yang pendik dan padat. Kepala tinggi. Tahan
lasak. Penelur yang terbaik – 40-100 biji setahun. Inkubasi 28-35 hari.
Kadar penetasan yang baik. Aktif. Paling agresif. Paling sesuai dijadikan
“anjing jaga” kerana paling suka buat bising dengan bunyi “hon” yang tinggi.
Juga dikenali sebagai “pencabut rumpai” – Pencari makan yang paling aktif
.Paling responsif.
3. EMBDEN Negara asal: Embden, Germany. Juga dikenali
sebagai ther Bremen. Dipelihara secara komercial untuk daging. Paling popular .
Berbulu putih. Bulu putih ini digunakan untuk mengisi bantal dan kuilt. Mata
biru gelap. Besar dan tinggi dari yang lain. Kaliber “Stature” bangga. Tinggi
1m . Berat jantan 20-34lbs; betina 16-28lbs. Kurang telur jika dibandingkan
degan lain, walaupun besar – kira-kira 10-30. Incubasi 28-35 hari. Tahan
lasak dengan selera yang besar. Cepat tambah berat badan. Kadang-kadang
agresif. Berjaga-jaga dan paling berwaspada. Jaga yang baik.
4. ORWEGIAN WHITE Berat jantan 22lbs; betina 18lbs. Tahan
lasak. Ibu yang baik. Boleh bertelur 100 biji telur setahun.
5. PILGRIMS Negara asal: Missouri. Boleh dibezakan jantina
dengan warna: jantan berwarna krim keputihan dengan mata biru; betina
berwarna kelabu buah zaiton pucat dengan sedikit putih atas kepala dan mata
perang gelap. Jantan berumur satu hari berwarna kuning atau warna perak dengan
paruh cerah; betina berwarna kelabu kehijauan dengan paruh yang gelap. Menurut
kata , pembawaan yang pendiam. Bertelur 34-35 biji setahun (saiz 6-7oz).
Kualiti ibu bapa yang terbaik. Cepat membesar. Berat betina 13-14lbs; jantan
16lbs. Boleh dibuat angsa panggang yang baik.
6. POMERANIANS Negara asal: NE Germany. Berwarna kelabu dan
putih, tetapi yang paling popular dan bentuk biasa ialahSaddleback variety.
(Buff & Grey). Kepala, bahagian belakang dan rusuk saddleback
berwarna kuning pucat atau kelabu, bahagian tepi-putih. Bahagian lain berwarna
putih. Tahan lasak. Penelur yang baik, pengeluaran/musim 60-80 biji telur .
Inkubasi 28-34 hari. Berat jantan 17-18lbs; betina 15lbs.
7. ROMAN/TUFTED ROMAN Negara asal: Danube River Valley,
Italy. Kecil (10-12lbs), bertulang halus, tembam. Putih dengan mata biru.
Kadang-kadang terdapat jambak bulu. Tengkuk pendik & belakang/badan pendik.
Nisbah daging/tulang yang baik. Baka yang cepat berkembang biak.Pengeluar telur
yang sederhana(25-35 setahun). Pembawaan lemah lembut.
8. SEBASTOPOLS Negara asal: SE Europe. 3 jenis – Putih
(paling baik), kelabu dan kuning pucat. Bulu panjang dan kerinting di sayap,
badan dan ekor, akan menghindarkan mereka dari terbang dan senang untuk
membataskan pergerakan mereka. Cepat membesar. Berat jantan 12-14lbs;
betina 10-12lbs. Jantan boleh mengawan dengan 1-4 betina. Mengeluarkan 25-35
telur putih setahun. Masa inkubasi 28-35 hari. Kualiti daging yang baik untuk
panggang.
9. SHETLAND Negara asal: Shetland Islands. Baka yang boleh
dikenal jantinanya secara automatik. Jantan berwarna putih; betina berwarna
kelabu di bahagian belakang dan warnan putih di kepala. Kecil (berat diantara
12-14lbs), kuat. Terkenal dengan kebolehan mencari makanan.Bertelur 30
biji setahun. Ibubapa yang baik. Paruh yang pendik
10. SCANIA Juga dikenali sebagai SouthSweden Goose.
Berkemungkinan diwariskan dari Pomeranian. Berwarna kelabu dan putih. Bermata
biru-kelabu, paruh berwarna kuning-jingga. Mudah gemuk & mempunyai saiz
yang baik untuk dibuat panggang. Berat betina boleh mencapai 15-20lbs; jantan 24-38lbs.
Selaunya tenang tetapi kadang-kadang boleh jadi agresif . Ibubapa yang terbaik.
11. NORMANDY Negara asal: Normandy, France. Baka yang boleh
dikenal jantinanya secara automatik. – jantan selalunya putih; betina berwarna
kelabu dan putih. Bermata biru. Berat jantan 10-13lbs; betina 9.5-12lbs.
rujukan :
http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaangsa.htm