Monday, 20 January 2014

Pengurusan itik Serati / muscovy



 ITIK SERATI









Pengurusan itik Serati / muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
·  Peringkat perindukan – 1 hingga 2 minggu.
·  Peringkat umur – 3 hingga 4 minggu.
·  Peringkat membesar – 5 hingga 13 minggu.


Umur sehari hingga dua minggu
masukkan ke dalam kepungan.
Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.

Umur 3 hingga 4 minggu, 
bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

Umur 5 hingga 13 minggu, 
makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik


1 comment: